Dec 30, 2010

.

Aku keliru . Keliru dengan apa yang aku ada . Ta pasti kalau apa yang aku ada ni berkekalan selamenye . Itu la yang paling ditakuti . Manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki .
Yang mereka tahu mereka sentiasa mahu dan mahu . Sentiase mengikut nafsu . Dan tidak pernah bersyukur . Hm . Tidak bersyukur dengan apa yang telah dimiliki . Tidak cukup satu beban malah ditambahkan lagi dengan pelbagai beban . Tapi bila tersedar sendiri . Mulalah terfikir .
Fikir . Dan fikir . Mula la bermuhasabah diri . Termenung sejenak memikirkan diri sendiri . Tertanya-tanyalah betul ke ape yang aku pilih selame ni . Tapi semuanye berlaku sekelip mata shaja . Kemudian pertanyaan itu berlalu pergi tanpa jawapan . 
Tapi bila malam menjadi sunyi . Soalan itu kembali bermain difikiran . Hm . Kenapa kita nak buat benda yang merepek untuk melupakan seseorang . Padahal kita sendiri yang nak benda tu . Sebab tak pernah puas dengan diri sendiri . Hm . Kenapa? Kembali memikirkan . 
Memang benar . Manusia . Tiade satu orang pon yang pernah berpuas hati dengn apa yang mereka miliki ? Tanyala soalan pada diri anda. Puas ke aku sekarang? Puas ke aku dgn hidup aku? Puas ke aku ngn awek aku sekarang? Awek aku tu da tentu boleh bahagia kan aku ke? ehh , laki tu byk duit ke tok aku usha ni? Mamat tu da cukup ensem ke nk jadik pakwe aku ? Jujur ke dia tok aku? Tu la , terbukti anda sebenarnya tidak pernah bersyukur . Aku akui kadang-kadang aku merasekan perkara yang sama .
Aku seorang insan yang lemah .